Berjaya siang ikan, anak Che Ta dipuji belajar dari usia awal

Entertainment
28 Dec 2023 • 10:36 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada pasangan pelakon, Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sekali lagi dipuji daripada netizen selepas berjaya siang ikan.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, Zain memuat naik video memaparkan Aaisyah sedang mempelajari cara-cara untuk menyiang ikan yang diajar oleh neneknya.

@zainsaidin23

Harap2 Tiktok tak bagi violation atau ape2 sekwaktu dengannya plak untuk video ni.. This is an educational purposes video ok Tiktok tersayang ku #fypシ #fyp #siangikan #aaisyahdhiarana #zainsaidin #daddysgirl #siscuba #brocuba

♬ Ngusep – Ida Widianingsih

Menurut Zain, dia mahu anak perempuannya yang berusia sembilan tahun itu mengetahui cara-cara untuk menyiang ikan supaya boleh mempraktikkan ilmu tersebut untuk masa depan.

“Kita hari ini, video special, Aaisyah belajar macamana nak siang ikan. Mak Tok akan ajar dan kita lihat kalau Aaisyah dapat ke tak,” katanya.

image is not available

Dalam video berkenaan, Aaisyah memerhati dengan tekun apabila neneknya menunjukkan langkah demi langkah menyiang ikan dengan cara yang betul.

Apabila selesai tutorial daripada nenek, Zain mengarahkan anaknya untuk menyiang baki selebihnya walaupuan Aaisyah jelas kelihatan geli.

Namun begitu, kanak-kanak tersebut tetap menurut arahan bapanya dengan mula menyiang ikan perlahan-lahan sambil dibantu daripada nenek.

“Okay, Aaisyah buat dulu lepastu daddy buat pula,” ujar Zain.

Walaupun kelihatan bergelut melakukan tugasan itu, dia tetap menyahut cabaran berkenaan sehingga berjaya untuk menyiang ikan selar tersebut.

Berjaya siang ikan, anak Che Ta dipuji belajar dari usia awal

image is not available

Sementara itu, aktor terbabit juga tanpa segan silu mendedahkan bahawa ini merupakan kali pertama dia menyiang ikan dan mencuba untuk melakukan tugasan berkenaan.

“Daddy pula try. Ni first time buat jugak ni,” kongsinya.

Pada masa yang sama, Zain terus memuji anaknya yang sedang berusaha menyiang ikan sekali gus mendorong Aaisyah untuk menyiapkan tugasan.

“Yay, yay, Aaisyah dah pandai,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Aaisyah kerana mempelajari cara menyiang ikan pada usia kanak-kanak walaupun jelas kelihatan kurang selesa.

Tahniah Aaisyah!

image is not available

Cantik dan pandai siang ikan, alhamdulillah…

image is not available

Memang betul cara ajar siang ikan..

image is not available

Terdapat juga segelintir netizen memuji Zain atas cara didikannya terhadap Aaisyah kerana mengajar banyak kemahiran asas sejak dari kecil.

Terbaik ajar anak masak dari kecil..

image is not available

‘Good job’ Zain dan Che Ta!

image is not available

Bagus cara didikan Zain..

image is not available

Konten macam ni bagus…

image is not available

Terdahulu, Aaisyah sering meraih perhatian netizen dengan telatahnya yang agak nakal seperti pernah meminta ibunya yang popular dipanggil Che Ta bagi membelikan set penjagaan kulit mahal.

Malah, keluarga itu juga pernah dipuji kerana mendidik Aaisyah untuk berbelanja dengan berhemah ketika membeli barangan mewah.

Sumber: TikTok Zain Saidin