“Nyanyi Je Lah Shima, Apa Untung Menganjing Orang..” – Siang Ikan Guna Sudu Garfu, Baby Shima Perli Pengacara WHI

Music
28 Dec 2023 • 3:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini penyanyi sensasi, Baby Shima telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan cara-cara dirinya menyiang ikan menggunakan sudu dan garfu. Video tersebut telah berjaya meraih perhatian netizen yang menganggap penyanyi itu sengaja membuat video tersebut.

Dalam video berkeneaan, penyanyi ini berkata dirinya ingin mengajar penonton cara menyiang ikan dengan betul. Hal ini dikeranakan baru-baru ini pengacara Wanita Hari Ini tular kerana kelihatan kekok semasa menyiang ikan ketika siaran langsung.

Kita tak menganjing dia, dia menganjing orang pulak.

Better menyanyi sahaja lah Shima, apa yang untungnya menganjing orang sini sana.

Stop lah menganjing orang lain Shima. Awak dah hebat sangat ke memasak?

Meskipun mungkin tujuan content tersebut hanyalah untuk bahan jenaka sahaja, namun netizen tetap menyangka penyanyi ini sengaja ingin menyindir wanita-wanita yang tak mahir dalam pekerjaan dapur.

Ramai juga yang turut tidak berpuas hati dengan Shima yang seakan-akan inginkan perhatian dan menumpang populariti atas kontroversi tersebut. Kata mereka, lebih baik video yang dimuat naik itu sesuatu yang mendatangkan hasil dan bukan menjatuhkan orang lain.

image is not available 1 month ago

"Dahlah Menangis Tak Dapat Anugerah, Ciplak Karya Orang Pula.." - Baby Shima Nasihat Zhiddin Aziz Jaga Tepi Kain Sendiri