Berjaya Tewaskan Argentina, Pemain Arab Saudi Dapat Hadiah Rolls Royces Phantom Bernilai RM2.5 Juta

24 Nov 2022 • 11:56 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Banyak kejutan yang kita dapat lihat dari keputusan perlawanan yang telahpun berlangsung dalam Piala Dunia 2022 di Qatar ketika ini. Macam malam tadi, pasukan Jerman tewas mengejut kepada pasukan Jepun, 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Sebelum ini, pasukan Arab Saudi turut mengejutkan seluruh dunia bola sepak selepas berjaya mengalahkan Argentina 2-1 dan kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan hari cuti peristiwa untuk kemenangan ini.

Tidak cukup dengan itu, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud dimaklumkan akan memberikan sebuah kenderaan mewah jenis Rolls Royces Phantom bernilai RM2.5 juta kepada setiap seorang pemain sebagai ganjaran.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media