
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meniupkan semangat kepada skuad Harimau Malaya menjelang aksi penentuan tempat ketiga menentang Vietnam dalam saingan Piala ASEAN.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar menyeru pemain memberikan aksi terbaik dan berjuang bersungguh-sungguh demi lencana di dada.
“Berjuang dengan penuh semangat dan berikan yang terbaik demi lencana di dada. Rakyat Malaysia bersama kalian,” katanya.
Anwar turut berseloroh supaya perlawanan tersebut tidak diheret ke masa tambahan yang panjang untuk menentukan pemenang.
“Semoga perlawanan ini tidak perlukan bantuan masa tambahan yang terlalu panjang,” katanya.
Aksi menentang Vietnam itu menjadi peluang terakhir Harimau Malaya untuk menamatkan kempen Piala ASEAN dengan penamat positif selepas gagal melangkah ke final.-KOSMO! ONLINE
The post Berjuanglah demi lencana di dada, rakyat Malaysia bersama kalian – Anwar appeared first on Kosmo Online.


