Berkabung Menyanyi Lagu Liam Payne, Tindakan Sekumpulan Wanita Tarik Perhatian Netizen

Entertainment
23 Oct 2024 • 6:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kematian bekas anggota kumpulan boyband United Kingdom (UK) iaitu Liam Payne dari kumpulan One Direction mengejutkan ramai.

Liam ditemui mati selepas jatuh dari tingkat tiga balkoni hotelnya di Buenos Aires, Aregntina pada hari Rabu 16 Oktober lalu.

Sudah pastinya, berita menyedihkan itu memberi impak yang besar terutama sekali buat peminat Liam serta kumpulan One Direction.

Baru-baru ini, tular di apkiasi X, di mana peminat One Direction Indonesia mengadakan pertemuan untuk memperingati Liam Payne, acara itu difahamkan, berlangsung pada Ahad lalu di Taman Langsat, Barito, Jakarta Selatan.

Menurut laporan Radar Surabaya, perjumpaan ini diadakan oleh komuniti peminat One Direction Jakarta, perjumpaan itu sebelum ini telah diumumkan melalui akaun Instagram mereka, @onedirectononjakarta.

Acara bermula pada pukul 4 petang dan berlanjutan sehingga pukul 6 petang waktu tempatan, peminat dilihat memakai pakaian hitam sebagai lambang berkabung.

Peminat yang hadir juga membawa poster, lilin dan bunga, tetapi diarah tidak membawa sepanduk besar, kayu ringan, benda tajam atau alkohol.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.