“Berkat bulan Ramadan” – Puteri Sarah Lega, Permohonan Cerai Berjalan Lancar Lepas Tahajud

Entertainment
10 Apr 2023 • 1:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas beberapa bulan, kemelut rumah tangga dan perang dingin antara Puteri Sarah dan Syamsuk Yusof dilihat bakal menemui jalan penamat setelah ada persetujuan untuk lafaz cerai pada 8 Mac ini.

 

Prosiding hanya 10 minit

Malah persetujuan itu dibuat secara baik dan Puteri Sarah menzahirkan rasa syukur dan menyatakan bahawa ia berkemungkinan berkat di bulan Ramadan dan selepas solat tahajud.

“Alhamdulillah kami sudah berjumpa pada saat akhir untuk berbincang secara bersama mengenai semua terma serta syarat.”

“Apa yang saya dan dia mahu berkenaan anak-anak, nafkah dan sebagainya dipericikan malam semalam yang kami selesaikan sekali. Alhamdulillah berkat bulan Ramadan dan tahajud semuanya dipermudahkan hari ini.”

“Kita sudah boleh teruskan dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua selesai. Tak perlu nak pening-pening lagi,” katanya ketika ditemui selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP), sebentar tadi.”

Menurut Kosmo! Prosiding yang dijalankan di Mahkamah Rendah pagi tadi hanya memakan masa 10 minit sahaja kerana segala syarat dipersetujui kedua-dua pihak.

Pada prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, di sini, pagi tadi, proses berkenaan hanya berlangsung sekitar 10 minit berikutan segala syarat dipersetujui kedua-dua pihak.

Walaubagaimanapun, Syamsul pula enggan mengulas berkenaan hasil persetujuan yang dicapai di dalam dewan mahkamah.

“Semua sudah selesai. Ini semua demi kebaikan anak-anak. Saya tak nak cakap lebih-lebih.”

Bagus lah kalau macam tu, Syamsul boleh bahagia Ira, Puteri Sarah pula lebiuh tenang apabila dilepaskan. Menerusi mStar Online, persetujuan antara mereka dicapai dalam keadaan tenang selepas mereka berbuka puasa bersama semalam.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.