“Berkat Ramadan, doa saya dimakbulkan” – Ibu Eda Ezrin Luah Rasa Syukur

Entertainment
6 Mar 2025 • 2:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ibu kepada penyanyi tersohor Kelantan, Edra Ezrin iaitu Zahara Mamat meluahkan rasa syukur apabila penantiannya selama 4 bulan membuahkan hasil.

Luahan rasa syukur itu diberikan setelah Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan anak dan menantunya bersama 4 yang lain daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November tahun lalu.

“Allahuakbar! Inilah keputusan yang kami tunggu selama empat bulan dan akhirnya Allah SWT tunjukkan kebenaran”.

image is not available

Jelas Zahara lagi, dia tidak pernah gagal melakukan solat hajat dan berdoa supaya Allah tunjukkan kebenaran dan keputusan berpihak kepada mereka.

“Hari ini berkat Ramadan, akhirnya doa saya dimakbulkanNya dan sebagai ibu, saya begitu gembira dengan keputusan hari ini.”

“Sepanjang empat bulan lalu, saya fokus kepada kes Eda dan tidak mampu tidur lena memikirkan dia berada di dalam penjara. Namun hari ini saya mampu pulang dengan hati yang tenang.”

“Malah, sepanjang Eda Ezrin berada di sini, saya tidak pernah gagal melawatnya setiap minggu dengan membawa makanan dan sebagainya.”

Untuk rekod, penyanyi lagi ‘Bae Soba Bae’, Eda Ezrin dan suami bersama 4 individu lain dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.

Keputusan tersebut dibuat oleh dua panel hakim terhadap Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, serta rakan Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, selepas meneliti kesemua keterangan saksi pendakwaan semasa prosiding perbicaraan berlangsung.

Sumber : Berita Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.