Berkedalaman 1.8 Meter, Murid Tahun 3 Maut Jatuh Dalam Saluran Kumbahan Di Sekolah

Entertainment
27 Sep 2025 • 3:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dilaporkan maut selepas mangsa yang juga merupakan murid Tahun Tiga terjatuh ke dalam sebuah lubang saluran kumbahan.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di sebuah sekolah rendah di Lenggeng, Seremban pada pagi tadi.

Difahamkan, ketika kejadian, sekolah berkenaan sedang mengadakan acara sukan sekolah.

Saluran kumbahan itu mempunyai kedalaman sekitar 1.8 meter dan seorang murid lain telah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada guru-guru.

image is not available

Mangsa kemudiannya dikeluarkan oleh salah seorang penduduk yang menyelam ke dasar saluran itu.

Mangsa walau bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital dan ambulans yang tiba di tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Ketika kejadian, difahamkan ramai murid berada di kawasan belakang sekolah kerana menyertai acara sukan pada pagi tadi.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.