Berkelakuan Mencurigakan Di Kawasan Sebuah Universiti, Dua Lelaki Dicekup Polis Di Samarahan

16 Nov 2024 • 9:52 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek kedua-duanya miliki rekod jenayah lampau

Berkelakuan Mencurigakan Di Kawasan Sebuah Universiti, Dua Lelaki Dicekup Polis Di Samarahan. Dilaporkan bahawa, ketika pasukan MPV menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Kota Samarahan, mereka menerima maklumat daripada DCC IPD Kota Samarahan mengenai kehadiran individu mencurigakan di kawasan sebuah universiti di Kota Samarahan.

Maklumat yang diterima tersebut mengatakan terdapat beberapa individu yang berlegar-legar dengan berkelakuan mencurigakan di sekitar Blok Kedai OUM Batu 9, Kota Samarahan.

image is not available
Berkelakuan Mencurigakan Di Kawasan Sebuah Universiti, Dua Lelaki Dicekup Polis Di Samarahan. Sumber gambar: FB Polis Daerah Kota Samarahan

Dua lelaki tempatan ditahan

MPV polis segera menuju ke lokasi tersebut bersama-sama dengan bantuan empat anggota CPJ dari Balai Polis Kota Samarahan dan dua lelaki tempatan kemudiannya berjaya ditahan.

Hasil pemeriksaan terhadap tubuh badan kedua-dua lelaki itu tidak menemui apa-apa barang yang melanggar undang-undang.

image is not available
Sumber gambar: FB Polis Daerah Kota Samarahan

Suspek sebelum ini pernah tular di Facebook

Namun, memandangkan kedua-dua suspek adalah individu yang diawasi dan pernah tular di media sosial melalui akaun Facebook bernama “Kuching Kang Tao,” kedua-duanya telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kota Samarahan untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua lelaki tersebut terlibat dalam beberapa kes jenayah lampau. Kes disiasat di bawah laporan Kota Samarahan untuk tindakan susulan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: