‘Berkenan’ Tikar Anyaman, Raja Permaisuri Agong Teruja Tambah Koleksi Kraf Tangan Sarawak

6 Apr 2023 • 3:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terbaik Raja Permaisuri Agong!

‘Berkenan’ Tikar Anyaman, Raja Permaisuri Agong Teruja Tambah Koleksi Kraf Tangan Sarawak. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli melawat gerai artisan rakan kongsi Sarawak Energy semasa Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2023.

Pameran itu diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur baru-baru ini. Selain melawat gerai artisan rakan kongsi Sarawak Energy, Tunku Azizah turut berkenan membeli beberapa kraf tangan yang dihasilkan oleh mereka.

image is not available
‘Berkenan’ Tikar Anyaman, Raja Permaisuri Agong Teruja Tambah Koleksi Kraf Tangan Sarawak. Kredit: Facebook

Pameran HKK 2023 kali ini menampilkan tema ‘Ini Kraf Malaysia’ bertujuan mempromosikan produk buatan tempatan dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kraf tangan tempatan.

image is not available

Sarawak Energy dilantik menjadi tuan rumah kepada enam artisan rakan kongsinya, terdiri daripada komuniti tempatan Murum, Bakun dan Baleh di bawah Program Pemantapan Kraf Tangan untuk mempamerkan kraf tangan mereka.

Pameran itu memberi mereka peluang untuk mendapatkan pendedahan dan pengetahuan mengenai pelbagai jenis kraf, selain mewujudkan rangkaian di peringkat nasional dan antarabangsa.

image is not available

Acara yang berlangsung selama 12 hari itu juga telah membuahkan hasil bagi artisan tempatan dengan anggaran jumlah RM49,000 diperoleh melalui jualan mereka.

Baca lagi artikel menarik: