Berkuatkuasa Mulai 2 Mei, MCMC Umum SMS Mengandungi Pautan URL Bakal Disekat

29 Apr 2023 • 12:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Apa-apa jenis pautan laman web bakal disekat mulai 2 Mei Ini

Berkuatkuasa Mulai 2 Mei, MCMC Umum SMS Mengandungi Pautan URL Bakal Disekat . Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat mana-mana pautan URL dalam perkhidmatan mesej ringkas (SMS).

Menurut Timbalan Menteri, Teo Nie Ching, arahan tersebut dikeluarkan bagi mencegah pengguna menjadi mangsa penipuan dalam talian.

image is not available
Berkuatkuasa Mulai 2 Mei, MCMC Umum SMS Mengandungi Pautan URL Bakal Disekat

Berikutan terdapat banyak kes berkaitan penipuan dalam bentuk pautan (URL) dalam pesanan

“MCMC telah mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk memastikan tiada sesiapa yang menekan pautan URL yang salah dan kemudian menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Terdapat pelbagai penipuan dalam talian yang berlaku apabila seseorang menekan pautan yang salah, dan setelah memberikan maklumat peribadi mereka, mereka menjadi mangsa penipuan,”

Hal ini juga menjadi pengingat kepada pengguna untuk mempertanyakan kesahihan link yang disertakan dalam apa-apa pemberitahuan SMS. Walaupun begitu, pelaksanaan arahan baru ini bukan sahaja untuk telco, tetapi juga untuk bank dan perkhidmatan kerajaan.

image is not available

Sentiasa berwaspada dan tidak ragu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa

Beliau juga berkata arahan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan berharap syarikat yang terlibat dapat melaksanakan arahan tersebut dengan segera.

Pada masa kini, penipu masih aktif menggunakan panggilan telefon, e-mel, dan perkhidmatan mesej alternatif seperti WhatsApp dan Telegram untuk memancing maklumat penting.

Dengan itu, kami ingin mengingatkan pembaca kami untuk sentiasa berwaspada dan tidak ragu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika anda mengesyaki bahawa anda telah menjadi mangsa penipuan.

image is not available

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca pautan di bawah: