“Berlakon biarlah realistik” – Bella Astillah Dipertikai Bawa Watak ‘Student’ UiTM Tapi Pakai Skirt Singkat?

Entertainment
2 Oct 2024 • 5:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika ini, pelakon Bella Astillah dilihat sedang menjalani satu penggambaran drama dan berdasarkan pemerhatian netizen, Bella seperti membawa watak seorang siswazah dari UiTM.

Ini kerana Bella dilihat bergambar di hadapan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (Masscomm) sambil memakai kad matrik universiti berkenaan.

Apa yang membuatkan ia menjadi bualan netizen adalah pakaian yang dikenakan oleh Bella Astillah ketika membawa watak itu yang dianggap sebagai tidak realistik.

Bella dilihat mengenakan pakai ala ke pejabat iaitu baju dengan skirt paras atas lutut. Menerusi komen, ia langsung tidak mengikuti piawaian institut pengajian tersebut di mana terdapat garis panduan sahsiah rupa diri terhadap pemakaian pelajar.

image is not available

image is not available

Mungkin ada antara pembaca ni bekas pelajar UiTM yang faham pasal perkara ini.

image is not available image is not available image is not available

Mungkin lepasni pihak produksi boleh lebih cakna dengan peraturan U untuk nampak lebih realistik.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved