“Berlaku 10 minit lepas kad hilang” – Pelakon K-Drama Dakwa Hilang RM45,000 Ketika Bercuti Di Bali

Entertainment
3 Oct 2025 • 4:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon k-drama Jeon Hye Bin terpaksa berputih mata apabila menanggung kerugian sebanyak kira-kira RM45,000 ketika bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Dia yang mengesahkan kejadian itu memberitahu kad kredit miliknya telah dicuri dan digunakan secara tidak sah.

“Kad kredit saya dicuri di kawasan Ubud dan sebanyak 15 juta KRW telah digunakan tanpa kebenaran,” kongsinya di laman Insta Story.

Menurut pelakon drama Another Miss Oh itu, dia mendakwa kejadian terbabit berlaku dalam masa 10 minit sahaja selepas kad kreditnya hilang.

image is not available

Susulan kejadian itu, Hye Bin mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati jika berada atau merancang ke Ubud dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Hye Bin berkongsi foto di Instagram memaklumkan dia dan suami yang merupakan seorang doktor gigi bersama anak mereka untuk meraikan ulang tahun kelahiran cahaya mata sulung yang ketiga.

Pulau peranginan itu sememangnya mempunyai nilai sentimental buat Hye Bin kerana di situlah dia dan suami melangsungkan perkahwinan pada tahun 2022.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.