Berlaku Di Tabuan Kuching, Dua Individu Dirakam Mencuri Tong Sampah Besar Di Depan Rumah Pemilik

11 Feb 2023 • 11:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mereka dilihat ‘mengheret’ tong sampah berkenaan sambil menunggang motosikal

Berlaku Di Tabuan Kuching, Dua Individu Dirakam Mencuri Tong Sampah Besar Di Depan Rumah Pemilik. Memandangkan kos sara hidup hari ini mula meningkat, ramai yang mula merasai bebannya.

Walaupun dikutuk, boleh difahami jika ada yang terpaksa mencuri, tetapi tiada siapa menyangka akan ada individu akan mempertimbangkan untuk mencuri tong sampah.

image is not available
Berlaku Di Tabuan Kuching, Dua Individu Dirakam Mencuri Tong Sampah Besar Di Depan Rumah Pemilik

Dirakam oleh CCTV

Dalam sebuah rakaman CCTV yang kini tular di media sosial, dua individu dilihat mencuri sebuah tong sampah biru dipercayai di depan rumah pemilik tong sampah berkenaan. Difahamkan, kejadian berlaku di Tabuan Kuching.

Seorang daripada mereka dirakam mengheret tong sampah terbabit manakala seorang lagi menunggu di atas motosikal. Kedua-duanya kemudian dilihat beredar dari lokasi sambil mengheret tong sampah bersama mereka.

image is not available
Kredit: Facebook

Pada masa penulisan, ia belum diketahui sama ada kedua-dua individu tersebut telah diambil tindakan. Namun, rata-rata netizen yang telah menonton video itu telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kecurian tersebut, dengan menggelarkan mereka sebagai ‘Geng Sakit Palak’ dan berpendapat bahawa kedua-dua pencuri itu perlu diambil tindakan.

Anda boleh menonton rakaman CCTV sepenuhnya di bawah:

CURI TONG SAMPAH BIRU DI TABUAN, KUCHING.

Rakaman cctv di Tabuan. 'Geng sakit palak" sanggup mencuri tong sampah biru di depan rumah. #redparrot #sarawakianindiepages Sumber: Eyjan Jamil

Posted by RedParrot on Monday, February 6, 2023

Lagi di sini: