“Berlarutan dipuji berseri & wangi” – Terdesak Cari Jodoh, Wanita Sanggup Amalkan Ilmu Hitam

Entertainment
22 Mar 2024 • 4:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak dinafikan, ada sesetengah wanita bujang masih lagi takut apabila dilabel anak dara tua (andartu).

Ditambah pula dengan paksaan orang sekeliling, membuatkan mereka terdesak untuk bergelar isteri sehingga terlanjur melakukan perkara yang menyekutukan Allah.

Seperti satu perkongsian di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa menyesal atas kesilapannya lima tahun lalu kerana mengamalkan ilmu hitam gara-gara terdesak untuk berumah tangga.

Menurutnya, dia terdesak berbuat demikian disebabkan desakan ibu bapanya dan ketika itu usianya sudah mencecah 30 tahun.

Kawan ajak pergi ‘ikhtiar’

Suatu hari, kawannya mengajak untuk ‘berikhtiar’ selepas dia meluahkan isunya. Pada awalnya, dia rasa keberatan namun termakan juga pujukan rakannya.

“Tak apalah kita cuba je ikhtiar kan? Kalau ada, ada lah jodoh tu. Kalau tak ada memang dah tertulis dah tu,” kata rakannya.

Berjumpa dengan nenek tua

Bercerita lanjut, dia dan rakannya datang ke rumah seorang nenek tua berusia 70 tahun di Batu Pahat.

Katanya, dia ditanya pelbagai soalan sambil telapak tangannya dipegang nenek tersebut yang sedang terkumat-kamit membaca sesuatu. Selepas itu, dia juga diminta untuk mandi bunga di belakang rumah.

image is not availableimage is not available

Selesai mandi, nenek terbabit memintanya untuk tidak mandi selama tiga hari berturut-turut dan memesannya untuk tidak melanggar pantang larang tersebut.

Dipuji berseri dan wangi walaupun tak mandi 3 hari

Dia mengatakan ramai rakan sekerja memujinya makin cantik dan berseri walaupun dia tidak mandi pada hari itu.

Sebulan selepas itu, dia mendakwa sering mendapat hadiah dan bunga daripada seorang rakan sekerja.

image is not available

Selama tiga bulan dia berkenalan namun dia mendakwa lelaki itu tidak pernah mengajaknya untuk berkahwin sehinggalah diketahui rakan sekerjanya itu sebenarnya akan berkahwin dengan orang lain.

Katanya, ramai yang mahu berkenalannya di media sosial namun semuanya hanya mahu mempermainkannya.

image is not available

Seorang ustaz memberitahu bahawa dia sudah menyimpang jauh dan diminta untuk bertaubat. Dia mengakui menyesal kerana terlalu mengikutkan kata hati untuk mencari jodoh dengan cara sebegitu.

image is not available

Katanya, sehingga ke hari ini dia masih lagi tidak berkahwin dan meminta orang ramai mendoakannya untuk mendapat jodoh.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article