Bermula 21 Sept Lepas, Aplikasi Go Bank Islam Hanya Disokong Sistem Operasi Android Versi 9 & Ke Atas

Digital
24 Sep 2022 • 2:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dalam satu kenyataan berkata, aplikaso Go miliknya hanya akan disokong oleh sistem operasi Android untuk versi 9 dan ke atas bermula 21 September 2022.

Dalam kenyataan BIMB menerusi laman Facebook rasmi milik mereka berkata, ia merupakan salah satu usaha untuk memastikan perbankan dalam talian pelanggan berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

Justeru mereka juga meminta pelanggan yang terdiri daripada pengguna Android untuk memastikan OS peranti mudah alih mereka menepati keperluan yang telah ditetapkan.

Mereka juga diminta mengemas kini aplikasi GO By Bank Islam di Google Play Store dan Huawei Play Store untuk mengelak dari sebarang kesulitan.

image is not available
Gambar via BIMB

Sumber: BIMB