Bermula Hari Ini, Barisan Artis Hebat Bakal Meriahkan Sunbear Festival Di Sarawak Cultural Village

9 Dec 2022 • 1:14 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelbagai persembahan hebat dan aktiviti menarik menanti anda!

Bermula Hari Ini, Barisan Artis Hebat Bakal Meriahkan Sunbear Festival Di Sarawak Cultural Village. Event yang dinanti-nantikan semua, Sunbear Festival akan berlangsung bermula hari ini!

Menampilkan barisan artis dari luar negara, festival Sunbear ini menggabungkan pelbagai genre muzik serta aktiviti menarik untuk menghiburkan para pengunjung yang datang.

image is not available
Bermula Hari Ini, Barisan Artis Hebat Bakal Meriahkan Sunbear Festival Di Sarawak Cultural Village

Sunbear berlangsung dua hari

Berlangsung selama dua hari bermula hari ini sehingga esok, sebanyak 43 persembahan yang telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu ‘Sunbear Stage’ dan ‘Pink Stage’.

Selain daripada barisan artis dari luar negara, artis lokal kita juga akan membuat persembahan untuk memeriahkan lagi festival kali ini.

Antara barisan artis yang dinanti-nantikan oleh para peminat adalah, Red Jumpsuit Apparatus, Phum Viphurit, Boy Pablo, Bunkface, Reality Club dan banyak lagi.

image is not available

Sarawak jadi destinasi festival utama

Festival Sunbear ini adalah salah satu idea menjadikan Sarawak sebagai destinasi festival utama di Pulau Borneo serta untuk mempromosi dan menempatkan bakat tempatan di sini di samping menggabungkan juga persembahan daripada artis antarabangsa.

Buat anda yang masih lagi belum mendapatkan tiket ke Sunbear Festival, anda belum lagi terlambat kerana anda boleh membelinya di laman web rasmi mereka sekarang. KLIK DI SINI.