MYAirline Lancarkan Penerbangan Sulung Ke Kuching Hari Ini

1 Dec 2022 • 10:41 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA2 pada pukul 7.40 pagi tadi

MYAirline melancarkan penerbangan sulungnya ke Kuching dengan penerbangan harian bermula hari ini. Ini menandakan permulaan pengembangan syarikat penerbangan tambang rendah itu ke Sarawak. MYAirline adalah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah baharu di Malaysia.

Penerbangan MYAirline MYM8101 tersebut disambut dengan water cannon salute, iaitu satu cara sambutan normal bagi menandakan ketibaan penerbangan baharu di sesebuah lapangan terbang.

image is not available
MYAirline Lancarkan Penerbangan Sulung Ke Kuching Hari Ini

MYAirlines mula terbang ke Kuching pada hari ini dengan 1 penerbangan harian dan difahamkan akan menambah frekuensi penerbangan kepada 2 penerbangan sehari mulai 2 Disember dan 3 penerbangan sehari mulai Disember tahun ini menurut laporan akhbar tempatan semalam.

image is not available

Untuk anda yang ingin mencuba pengalaman menaiki penerbangan tambang rendah terbaru ini, kini mereka mempunyai promosi dengan harga serendah RM108 untuk penerbangan ke Kuching.

Anda boleh menyemak harga terkini dengan melawati laman sesawang mereka : www.myairlines.my

https://www.iloveborneo.my/janji-takkan-pakai-chatbot-myairline-bakal-jual-tiket-dan-terbang-disember-ini/

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved