Bermula Hari Ini, Facebook Akan Padam Video Facebook Live Selepas 30 Hari

TechnologyDigital
19 Feb 2025 • 2:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook hari ini mengumumkan perubahan berkenaan bagaimana mereka menyimpan video langsung atau Facebook Live yang disiarkan melalui platform mereka. Berkuat-kuasa 19 Februari 2025, iaitu hari ini, Facebook akan padam sesuatu siaran Facebook Live selepas 30 hari ia disiarkan.

Facebook mengatakan semua siaran Facebook Live bermula hari ini boleh dimainkan, dikongsikan dan dimuat-turun daripada Facebook Pages atau profil pengguna selama 30 hari, dan selepas itu, video berkenaan akan dipadam secara automatik.

image is not available

Pada masa yang sama, semua video langsung yang kini pada Facebook yang berusia lebih 30 hari akan dipadam secara berperingkat dan tidak lagi boleh diakses. Proses memadam ini akan berlaku secara berperingkat, dan pengguna boleh memuat-turun video berkenaan.

Facebook mengatakan pengguna boleh memilih untuk mengubah video langsung ke bentuk Reels yang pendek, dan menyimpan detik-detik yang menarik melaluinya.

Facebook tidak memberikan sebab disebalik perubahan ini, selain menyatakan berkenaan selari dengan piawaian industri dan juga polisi storan mereka.