“Bukan dah hijrah ke?” – Video Saiful Apek Berpeluk Dengan Kak KM Tarik Perhatian Netizen

Entertainment
19 Feb 2025 • 11:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana pelakon komedi terkenal Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek dilihat berpelukan dengan usahawan kosmetik Liana Rosli, atau lebih dikenali dengan nama Kak KM.

Video berkenaan dimuat naik oleh Kak KM di laman Facebook serta Instagram miliknya, dalam video berkenaan kelihatan mereka berdua berpelukan sebelum Saiful Apek memberikan nasihat berkenaan kehidupan.

Video penuh di sini.

Video itu mengundang kecaman ramai netizen, lebih-lebih lagi apabila Saiful Apek dikenali dengan perwatakannya yang lebih kepada ke arah Islamik sejak kebelakangan ini.

Ramai yang menganggap bekas ahli Senario itu tidak menjaga batasnya sebagai seorang lelaki Islam.

image is not available

Difahamkan, video itu dirakamkan dalam sebuah majlis preview bufet Ramadan di sebuah hotel yang terletak di Damansara, Selangor.

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada penjelasan atau permohonan maaf daripada pihak Kak KM atau Saiful Apek.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.