Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

27 May 2024 • 9:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Antara peniaga yang dikenakan tindakan - Gambar DBKL

KUALA LUMPUR - Sembilan penjaja warga asing berdepan tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

Jurucakap DBKL berkata, tindakan tersebut dilaksanakan Jabatan Penguatkuasaan di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang), Lebuh Pudu, Jalan Tun Tan Cheng Lock (Kota Raya).

image is not available
Makanan yang dijual peniaga - Gambar DBKL

Menurut beliau, tindakan menyita dan memindahkan barangan perniagaan itu melibatkan penjaja makanan, sirih, sayuran dan pakaian terpakai yang berniaga tanpa kebenaran.

“Kesemua penjaja yang dikenakan tindakan itu terdiri daripada peniaga Bangladesh dan Indonesia.

“Aktiviti perniagaan mereka dijalankan secara terbuka di laluan kaki lima, pejalan kaki dan bergerak secara on off serta menyasarkan penjualan kepada golongan warga asing dari luar Kuala Lumpur yang hadir berhujung minggu di ibu kota,” katanya.

image is not available
Antara barangan yang dirampas dan disita - Gambar DBKL

Jelas jurucakap itu, kesemua mereka melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016. 

“Barangan yang disita, dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk rekod dan dokumentasi.

“DBKL secara konsisten menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan berkaitan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing terutamanya di kawasan tumpuan (hotspot) pusat bandar,” katanya. - Getaran, 27 Mei 2024