”Berpisah Di Dunia Hanya Sementara” – Ibu Aliff Aziz

LocalFamily & Parenting
11 Jul 2025 • 5:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ibu Aliff Aziz

Ibu kepada penyanyi kontroversi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila memuat naik satu ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran dua cucunya, Ayden dan Ara.

Menerusi Instagram, ibu Aliff meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap cucu-cucunya itu walaupun kini berpisah jauh.

Walaupun kita dipisahkan jauh, kami sentiasa ingat dan kasih sayang serta cinta kami tidak akan pernah pudar.

“Berpisah di dunia hanya sementara” – Ibu Aliff Aziz

Selain menitipkan doa agar Ayden dan Ara membesar menjadi insan soleh dan solehah, Hafizah turut berkongsi beberapa foto kenangan ketika mereka masih kecil.

Cucunda berdua adalah penyambung keturunan kami, masya-Allah.

Berpisah di dunia hanya sementara, insya-Allah dengan izin Allah kita berkumpul di akhirat kelak.

Luahan tersebut nyata menyentuh hati ramai netizen yang turut meninggalkan komen berbentuk sokongan dan doa di ruangan posting berkenaan.

Anak kepada Aliff dan Bella Astillah

image is not available

Untuk makluman, Ayden dan Ara merupakan anak hasil perkahwinan Aliff Aziz dengan penyanyi popular, Bella Astillah. Namun, hubungan pasangan itu berakhir pada 13 Jun 2024 selepas Aliff kantoi berlaku curang.

Pssttt! Walau hubungan ibu bapa terlerai, kasih sayang seorang nenek kepada cucu tetap kekal abadi. Hargailah ikatan keluarga kerana itu nikmat yang tak ternilai.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.