“Walaupun Kita Dipisahkan Jauh, Cucunda Berdua Penyambung Keturunan Kami” – Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Untuk Ayden & Ara

EntertainmentFamily & Parenting
11 Jul 2025 • 4:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, ibu penyanyi sensasi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah telah menitipkan ucapan buat kedua-dua cucunya iaitu Ayden dan Ara sempena ulang tahun kelahiran mereka.

Ibu Aliff Aziz titip ucapan buat cucu-cucu

Dapat dilihat melalui hantaran di Instagram, Hafizah mendoakan agar cucu-cucunya itu membesar dengan baik serta mendoakan agar mereka menjadi insan yang soleh serta solehah, selain membahagiakan keluarga.

Walaupun kita dipisahkan jauh, kami sentiasa ingat dan kasih sayang serta cinta kami tidak akan pernah pudar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)

“Cucunda penyambung keturunan kami..”

Dalam hantaran yang sama, wanita itu ada memuat naik foto Ayden dan Ara sewaktu kecil dan berkata kasih sayangnya terhadap mereka berdua tidak akan pernah pudar hingga hujung nyawa.

Cucunda berdua adalah penyambung keturunan kami, masya-Allah. Berpisah di dunia hanya sementara, insya-Allah dengan izin Allah kita berkumpul di akhirat kelak.

Sekadar info, Ayden dan Ara merupakan anak kepada Aliff Aziz, hasil perkahwinan bersama penyanyi, Bella Astillah, sebelum mereka sebulat suara berpisah pada 13 Jun 2024 disebabkan Aliff berlaku curang.

image is not available 2024-08-19 16:09:16

“Ramai Sokong Bella, Korang Dapat Duit Ke?” - Ibu Aliff Aziz Terhibur Dengan ‘Effort’ Sesetengah Pihak Untuk Sebar Fitnah Tentangnya