Berpisah Jua, Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu Menerusi Panggilan Telefon 

24 Feb 2023 • 8:29 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hafidz dikatakan telah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada menerusi panggilan telefon bersaksikan keluarga daripada kedua belah pihak. - Gambar Instagram Hafidz Roshdi

Pelakon Hafidz Roshdi telah menceraikan isterinya iaitu Nurul Shuhada dengan talak satu pada Rabu lalu. 

Menerusi laporan akhbar tempatan, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 28, dikatakan telah menceraikan isterinya menerusi panggilan telefon bersaksikan keluarga daripada kedua belah pihak. 

Difahamkan juga Shuhada kini dalam proses untuk memfailkan perceraian ini di Mahkamah.

image is not available
Gambar Instagram Hafidz Roshdi

Kemelut rumahtangga mereka mula bertiup kencang pada minggu lalu selepas Shuhada mendedahkan bahawa terdapat orang ketiga di dalam perkahwinan mereka.

Malah, orang ketiga berkenaan yang dikenali sebagai Athira Yuhada turut tampil membuat permohonan maaf kerana menjadi punca keretakan rumahtangga Hafidz dan Shuhada.

Hafidz dan Shuhada telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2016 dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2. - Getaran, 24 Februari 2023