
Masih hangat diperkatakan di media sosial tentang kisah kecurangan pelakon Hafidz Roshdi selepas isterinya membuat pendedahan minggu lepas.
Malah, perkara itu membuatkan satu Malaysia ‘siasat’ sehingga tular wanita yang menjadi skandalnya, Athira Yuhada.
Namun, sehingga kini pelakon itu dilihat masih ‘rilek’ dan sering membuat sesi live di TikTok serta ada memuat naik gambar memegang tangan seseorang di Instagram.
Hafidz Roshdi 'Upload' Gambar Pegang Tangan, Netizen Tanya - "Tangan Penyondol Ke Tangan Isteri?"
Rata-rata netizen turut membuat sangkaan bahawa Hafidz mempunyai masalah mental kerana seperti tidak terkesan dengan apa yang berlaku.
Sebaliknya, hanya isteri dan Athira itu sahaja yang berbalas kenyataan di media sosial berhubung isu kecurangannya selama bertahun-tahun.

Semakan Beautifulnara di media sosial juga mendapati ramai yang mempunyai teori masing-masing berkaitan isu rumah tangga mereka itu.
Malah, ramai yang membuat sangkaan bahawa semua ini adalah lakonan semata-mata untuk menaikkan namanya dalam industri seni.
Selain itu, ramai juga yang berpendapat Hafidz merupakan seorang attention seeker kerana dilihat sering membuat live meskipun ketika sedang berjalan kaki balik ke rumah.

The post Ramai Mula Rasa ‘Tak Kena’ Dengan Isu Rumah Tangga & Kecurangan Hafidz Roshdi – “Terpaksa Buat Kontroversi Sebab Takde Job” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

