Bersaiz kompak, mudah nak bawa, fungsi memang powerful. Pengering rambut Airbot jadi buruan wanita

Beauty
21 Nov 2023 • 1:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SEBAGAI jenama perintis perkakas rumah berkualiti tinggi dan mampu milik, Airbot baru-baru ini melancarkan inovasi pengering rambut baharu, Airbot Aria Pro untuk pasaran Malaysia.

Label terkemuka dari Singapura itu menggabungkan desain yang bergaya dan ciri fungsi unik untuk memenuhi kehendak generasi muda.

Menurut Pengarah Serantau Airbot, Ong Chun Hong, sudah menjadi visi Airbot untuk mencipta peralatan rumah yang mampu meningkatkan kualiti hidup isi rumah.

“Dengan pelancaran Airbot Aria Pro, kami menawarkan pengering rambut berkelajuan tinggi yang inovatif untuk penggunaan lebih cekap dan praktikal.

image is not available
“Pada masa sama, ia menterjemahkan kesungguhan kami untuk menjadikan kehidupan seharian para pelanggan lebih selesa dan versatil,” katanya dalam satu kenyataan.

Menariknya, Airbot Aria Pro memiliki tiga tetapan suhu iaitu mod udara sejuk (dikhaskan untuk memelihara rambut rapuh dan sensitif), mod suhu 55 darjah Celsius dan mod pengering segera.

 

Berikut spesifikasi tambahan Airbot Aria Pro:
– Desain kompak dengan berat hanya 0.4 kilogram.

image is not available– Dilengkapi 200 juta ion negatif untuk melindungi rambut berwarna menjadi kusut dan gugur.
– Algoritma kawalan suhu pintar untuk memelihara rambut daripada masalah hujung bercabang.

image is not available– Aksesori dengan ciri magnet memudahkan cara penggunaannya.
– Pilihan rona merah, kuning dan hijau, selain lengkap dengan kemudahan cermin.

Airbot Aria Pro juga tersedia dalam pilihan warna pearl white dan silver blue.

image is not availableGajet ini boleh didapati di laman web rasmi Airbot Malaysia dan kedai rasmi e-dagang Lazada dan Shopee.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang