Promo 11.11 Airbot: Selain vakum, pengering rambut Aria Pro baru juga ada diskaun

DigitalBeauty
10 Nov 2023 • 5:08 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengeluar peralatan rumah berkualiti tinggi dan mampu milik, Airbot akan mengadakan promosi masa terhad sempena Jualan Mega 11.11. Banyak penjimatan untuk produk peralatan rumah ditawarkan, termasuklah produk pengering rambut, Aria Pro yang baru dilancarkan awal bulan ini.

Jualan Mega Airbot ini akan bermula pada 11 hingga 13 November menerusi laman web rasmi Airbot Malaysia dan stor rasminya di Lazada. Manakala, tempoh promosi ini dilanjutkan secara eksklusif di Shopee sehingga 30 November 2023.

Pengering rambut Aria Pro

Bagi anda yang tidak tahu, Airbot ini merupakan jenama yang banyak menghasilkan produk elektronik terutamanya dengan pembersih vakum dan peralatan dapurnya. Jadi Aria Pro merupakan produk pertama yang dikeluarkan jenama ini.

Menariknya produk pengering rambut berkelajuan tinggi ini menampilkan ciri inovatif dengan cermin belakang untuk membantu penggunanya semasa menggayakan rambut. 

Ia juga dilengkapi dengan 200 juta ion negatif yang dapat melindungi rambut berwarna dengan mencegahnya menjadi kusut dan gugur, kawalan suhu untuk mengekalkan tahap aliran udara yang konsisten, operasi hingar rendah 59dB dan lampu cincin LED RGB. 

Berita baiknya pengering rambut Aria Pro dengan tanda harga RM349 ini, boleh anda miliki pada dengan promosi RM249.99 (hanya di Shopee) sempena Jualan Mega ini. Jadi jika anda mahukan gaya rambut bagaikan dandanan di salun, kenalah dapatkan pengering rambut ini.

image is not available

Senarai promosi produk

Jom kita tengok tawaran menarik lain daripada Airbot :

Pembersih vakum

  • Airbot Aura – RM339 RM309
    • Tawaran di Shopee, penyangkut aksesori vakum Airbot – RM15.90

  • Airbot Hypersonics Pro – RM499 RM369
    • Tawaran di Shopee, kamera keselamatan rumah Airbot G2 G7 – RM2.00

  • Airbot iClean Max – RM1,599 RM1,399
    • Tawaran di Shopee, pakej tambahan – RM0.99

image is not available

  • Airbot Hypersonics Max – RM799 RM769
    • Tawaran di Shopee, kamera keselamatan rumah Airbot G2 G7 – RM2.00

  • Airbot DX200 – RM99.90 RM89.90 (hanya di Shopee) 

  • Airbot Robot A510 RM689 RM659
    • Tawaran di Shopee, kamera keselamatan rumah Airbot G2 G7 – RM2.00

  • Airbot iClean Omni X – RM1,799 RM1,499 (hanya di Shopee)
    • Percuma Multicooker

image is not available

Sistem keselamatan rumah

  • Kamera IP Airbot IP 
    • G2 – RM89.90 RM69.90 (hanya di Shopee)
    • G7 – RM99.90 RM79.90 (hanya di Shopee)

Untuk maklumat lanjut tentang Airbot Malaysia atau kemas kini terkininya, layarilah laman web rasmi Airbot.