Bersalah Menyamar Jadi Tetamu & Curi Wang Di Majlis Kahwin, Wanita Pitam Di Mahkamah

Entertainment
25 Feb 2025 • 3:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana seorang wanita menyamar menjadi tetamu majlis kahwin kemudian mencuri sejumlah wang dalam rumah tersebut.

Wanita itu kemudiannya ditahan dan hari ini, hukuman telah dijatuhkan kepadanya di Mahkamah Majistret Pasir Mas.

Tertuduh, Tuan Maimun Che Tuan, 61, pitam dan hampir rebah selepas membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd. Fauzan Mohd. Suhairi semasa anggota polis mengemukakan bukti-bukti kes.

Menurut laporan Kosmo!, keadaan itu menyebabkan prosiding pendakwaan ditangguh selama 10 minit bagi memberi ruang kepada Tuan Maimun untuk bertenang.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan curi dalam bangunan iaitu wang sebanyak RM2,500 milik Norhayati Mohd. Noor, 59, di sebuah rumah di Kampung Tasek Berangan di sini kira-kira pukul 12.42 tengah hari pada 1 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan bagi kesalahan kedua, penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, Norhayati pergi ke rumah ibunya di Kampung Tasek Berangan di sini untuk menghadiri kenduri kahwin anak saudara sebelum meletakkan beg tangan di atas almari bahagian dapur rumah tersebut.

Mangsa mendapati beg tangan berisi wang RM2,500 yang diletakkan di atas almari hilang semasa mahu pulang.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.