“Bersalin di dunia, berpantang di syurga” – Suami Doakan Isteri Syahid Bersalin Buat Netizen Sebak

Entertainment
18 Jul 2025 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ajal adalah sesuatu yang tidak boleh kita agak atau kawal, meskipun kita begitu sayang kepada seseorang itu namun jika sudah sampai ajalnya kita hanya perlu reda.

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang suami kehilangan isterinya selepas Allahyarham bersalin anak kedua mereka.

Menurut Kosmo!, difahamkan Allahyarham meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas melahirkan, usianya baru 27 tahun.

Apa yang membuatkan netizen sebak ialah doa yang dibacakan oleh suami Allahyarham begitu sedih dan membuatkan semua yang mendengarnya meruntun jiwa.

“Kau hadiahkan kehidupan, anak kedua kita lahir, sementara engkau kembali pada Penciptamu.

Ikhlas aku titipkanmu pada Allah, saat kau pergi di pelukan keabadian dengan darah perjuangan. Kau hadiahkan kehidupan, anak kedua kita lahir.

Dia tidak ada dosa denganku, ya Allah. Aku dah maafkan semuanya,” doa suaminya itu.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih dengan kehilangan wanita itu, ramai juga yang menitipkan doa buat suaminya agar terus tabah dan cekal menghadapi ujian. Ramai juga yang mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di syurga yang tertinggi.

image is not available

Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat..

Sumber: TikTok, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.