Bersalin Di Hospital Kerajaan, Wanita Indonesia Beri Rating Rendah Undang Kecaman

Family & Parenting
30 May 2024 • 10:52 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, tular di laman X mengenai sorang wanita Indonesia berkongsi pengalamannya bersalin di sebuah hospital kerajaan dengan memberikan rating yang rendah sehingga dikecam ramai.

Menerusi perkongsian tangkap layar oleh akaun @g8keepur, wanita Indonesia itu dipercayai telah bersalin di salah sebuah hospital kerajaan yang terletak di negeri Pulau Pinang.

image is not available

Foto: X @g8keepur

Menurutnya, dia tidak berpuas hati berhubung layanan yang diberi oleh petugas hospital dari pelbagai aspek terutamanya selepas melahirkan bayinya secara pembedahan.

Susulan daripada itu, dia dilihat telah memberi rating sangat rendah untuk kesemua aspek seperti fasiliti bilik, bilik air, layanan jururawat dan layanan selepas bersalin czer di situ.

Malah, dia turut memberitahu bahawa wad yang didudukinya bising dengan suara jururawat yang sedang bertugas ketika itu.

image is not available

Foto: X @g8keepur

Dalam pada itu, wanita tersebut turut mendakwa bayi miliknya tidak dimandikan selama empat hari oleh jururawat dan sukar untuk tidur dengan nyenyak berikutan persekitaran wad dikatakan terlalu bising.

image is not available

Foto sekadar hiasan

Dia mengakhiri hantaran dengan menjelaskan ini bakal menjadi kali terakhir bersalin di hospital kerajaan lalu mengingatkan golongan ibu yang mahu bersalin untuk menyediakan wang secukupnya bagi rawatan bersalin di hospital swasta sahaja.

Susulan tularnya ciapan tersebut, rata-rata netizen telah mengecam wanita terbabit kerana memberikan rating serendah itu apatah lagi mengimpikan layanan serba lengkap di hospital kerajaan.

Macam dia sorang je berjalan ke tandas

image is not available

Banyak gila complaint dia

image is not available

Bayar harga kerajaan tapi nak ‘Prince Court’

image is not available

Untuk makluman, wanita berkenaan dilihat telah menyahaktif akaun TikTok miliknya berikutan ramai netizen yang mengecam dan meninggalkan komen di ciapan berkenaan.

Sumber: X @g8keepur