
Layanan hospital keraan 2/100 je? Itulah rating keseluruhan yang diberikan seorang wanita warganegara Insonesia yang bersalin di hospital kerajaan di Pulau Pinang.
Wanita itu difahamkan berkahwin dengan lelaki tempatan dan luahan rasa kecewanya itu mendapat kecaman hebat.
Pergi tandas tiada siapa teman dan sangat jauh…
Memberikan rating 2/100, wanita terbabit mengeluh kerana tidak diberi layanan seperti ditemani ke tandas selepas bersalin yang terletak jauh dari katilnya.
Untuk pertama kalinya jalan selepas 6 jam operate czer, sangat tidak bisa dijelaskan dengan kata kata. Semua tetap (dilakukan) sendiri, berusaha untuk jalan ke tandas. Ditemani? Tentu tidak!


Bukan itu sahaja, wanita itu juga mengeluh kerana tidak mandi selama 4 hari berada di wad dan mendakwa bayinya juga tidak dimandikan oleh jururawat bertugas.
Baby 4 hari tak mandi, tak boleh tidur! Bising! Nurse yang jaga time tu memang taktau nak kata mereka tu manusia atau bukan!


Menerusi hantaran itu di aplikasi X, netizen menghentam wanita terbabit kerana mengeluh tentang bermacam hal dan mahu dilayan bak permaisuri di hospital kerajaan.
Ada yang menyindirnya kerana tidak memilih untuk bersalin di hospital swasta dan rata-ratanya mempertahankan jururawat serta hospital kerajaan kita.
Akibat teruk dikecam, wanita itu dilihat memadam perkongsiannya di TikTok.
Kredit: Aplikasi X




