Bersama masyarakat Cina, Sanusi tunjuk bakat persembahan seni budaya Chingay

LocalEntertainment
25 Apr 2025 • 5:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menunjukkan bakatnya dalam persembahan seni budaya Chingay bersama masyarakat Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah mengundang perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Sanusi di laman Instagram, dapat dilihat beliau mampu untuk mengimbangi bendera raksasa di atas bahu, dagu dan dahinya untuk beberapa saat di hadapan penyokong Perikatan Nasional (PN).

Persembahan seni budaya Chingay

Instagram will load in the frontend.

“Chingay, Warisan, Aksi dan Semangat.

“Dalam paluan gendang, diangkat sepanduk atau bendera raksasa tinggi-tinggi, diimbangi atas dagu.

“Chingay bukan sekadar persembahan, tapi satu warisan budaya penuh aksi, seni dan semangat berkumpulan. Dari gendang yang dimainkan ke peluh yang mengalir, semua ada kisahnya,” ujarnya.

Persembahan seni budaya Chingay

image is not available

image is not available

Terbaik MB Kedah!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian Sanusi yang sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran tanpa memikirkan beliau orang kenamaan di negara.

image is not available image is not available

Sebelum ini, Sanusi memberitahu Perikatan Nasional (PN) tidak menyasarkan majoriti besar menang PRK Ayer Kuning, sebaliknya berharap menang kawasan itu walaupun berkelebihan satu undi.

Beliau berkata, dalam konteks pilihan raya, jumlah majoriti bukan ukuran utama kerana lebih penting adalah memastikan calon PN, Abdul Muhaimin Malek, melepasi garis kemenangan.