Bersantai Di Hidden Paradise Resort, Syurga Pelancongan Tersembunyi Papar Sabah

19 Nov 2023 • 9:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Secret getaway khas untuk anda yang ingin healing di Sabah

Bersantai Di Hidden Paradise Resort, Syurga Pelancongan Tersembunyi Papar Sabah. Yes, itu adalah nama sebenar resort ini dan seperti yang dinyatakan dalam nama, ia menampilkan bagai di syurga yang tersembunyi dari luar.

Resort ini terletak di Jalan PLKN Ovai, Kampung Ovai, Papar, Sabah dan sudah menjadi salah satu kunjungan wajib bagi mereka yang melawat ke sini.

image is not available

Port syiok untuk bergambar

Resort ini mempunyai tamannya tersendiri dan pelbagai jenis perabot menghiasi sekitar resort. Malah, resort ini telah menjadi salah satu port panas untuk aktiviti penggambaran. Berikut adalah antara port-port gambar yang ada di sekitar resort (dan ada banyak lagi!)

image is not available
Kredit: Twitter sabah_netizen

image is not available
Kredit: Facebook Hidden Paradise Resort

image is not available
Kredit: Facebook Hidden Paradise Resort

image is not available
Kredit: Facebook Hidden Paradise Resort

Pelbagai jenis aktiviti menanti anda

Selain pemandangan yang indah, anda boleh menikmati pelbagai jenis aktiviti outdoor seperti menunggang ATV bike, berkanu, flying fox dan dihiburkan dengan persembahan-persembahan mantap!

image is not available
Bagi mereka yang suka menunggang ATV bike, resort ini memang ada! Kredit: Connie Jay James

image is not available
Suka aktiviti air? Anda boleh menyertai aktiviti kanu yang ditawarkan oleh resort ini.

image is not available
Anda akan dihiburkan dengan persembahan menarik!

Tunggu apa lagi?

Sekiranya anda merancang untuk melancong ke Papar tidak lama lagi, anda harus cuba mengunjung ke resort ini! Anda boleh memilih untuk menginap dalam guesthouse atau jika anda mahu melihat bintang-bintang pada waktu malam, anda boleh bermalam dalam sebuah gelembung lut sinar, seolah-olah anda sedang tidur di luar tetapi sudah tentu anda dilindungi dari cuaca (jika ia hujan pada waktu malam laaa…)

image is not available
Kredit: Facebook Hidden Paradise Resort

image is not available
Anda boleh menginap dalam guesthouse yang sudah disediakan.

image is not available
Kalau nak lain sikit, anda boleh cuba menginap di dalam giant ball mereka, seolah-olah anda tidur dibawah langit yang dipenuhi bintang! Kredit: Facebook Hidden Paradise Resort

Adakah anda pernah pergi ke sini? Apakah pengalaman anda ketika di sini? Komen pengalaman anda dan jangan lupa share.

Lagi tempat menarik yang wajib anda masukkan dalam wishlist, lihat di bawah:

https://www.iloveborneo.my/aktiviti-santai-di-ranau-sabah-untuk-dikunjungi/

https://www.iloveborneo.my/pulau-lakei-hidden-gem-di-kuching/