Bersatu bincang hala tuju politik PRN Melaka malam ini?

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 4:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bersatu bincang hala tuju politik PRN Melaka malam ini?

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijadual bermesyuarat malam ini, ketika hala tuju politik parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menjadi perhatian susulan perkembangan terbaharu dalam Perikatan Nasional (PN).

Sumber terdekat parti mengesahkan mesyuarat itu akan diadakan pada pukul 8 malam di ibu pejabat Bersatu di sini.

Mesyuarat itu dijangka dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun tujuan khusus pertemuan berkenaan belum didedahkan.

Perkembangan itu hadir ketika PN memutuskan untuk memulakan prosiding tatatertib terhadap Bersatu susulan dakwaan parti itu melakukan tindakan yang bertentangan dengan kepentingan gabungan berkenaan.

Pada masa sama, Bersatu sebelum ini dilaporkan berkemungkinan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRN Melaka selepas kedua-dua pihak mengadakan pertemuan untuk meneliti peluang kerjasama tersebut.

Bagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi mengenai kemungkinan kerjasama itu setakat ini.

Semalam, PN memaklumkan akan memulakan tindakan disiplin ke atas Bersatu susulan melakukan tindakan bertentangan kepentingan gabungan itu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan disiplin itu dibuat mengikut Fasal 15 perlembagaan gabungan itu dengan notis akan dikemukakan dalam tempoh terdekat.

Tambah beliau, ketetapan tindakan disiplin terhadap Bersatu boleh sama ada membawa kepada hukuman diberi amaran, digantung atau dipecat daripada PN. – UTUSAN

The post Bersatu bincang hala tuju politik PRN Melaka malam ini? appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved