Bersatu umum calon PRN Melaka 29 Oktober ini

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 11:43 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bersatu umum calon PRN Melaka 29 Oktober ini

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 29 Oktober ini.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu sekali gus mengesahkan penyertaan parti berkenaan dalam pilihan raya negeri tersebut.

Beliau berkata, persiapan menghadapi PRN Melaka antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di ibu pejabat parti itu, di sini hari ini.

“Saya tak nak umumkan, kerusi ini akan diumumkan pada 29 hari bulan. Maknanya satu, memang kita menyertai. Kedua, saya tak payah nak jelaskan di tempat mana kita akan bertanding dan persiapan-persiapan yang sudah pun kita mulakan sekarang.

“Kita baru sahaja selesai mesyuarat. Hari ini, kita telah membentangkan perkara itu kepada Majlis Pimpinan Tertinggi dan mereka bersetuju supaya kita bertanding di beberapa kerusi yang sedang kita teliti.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu dimuktamadkan. Kita akan menyelesaikannya dalam tempoh sehari dua lagi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Bersatu malam ini.

Muhyiddin berkata, mesyuarat berkenaan turut membincangkan isu semasa, persiapan menghadapi persidangan bahagian serta keputusan mengadakan Perhimpunan Agung Bersatu pada penghujung Januari tahun depan.

Sebelum ini, Ahli MPT Bersatu, Dr. Afif Bahardin berkata, persiapan menghadapi PRN Melaka antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Beliau berkata, mesyuarat itu turut dijangka membincangkan persiapan menghadapi PRN Sarawak serta tindakan tatatertib yang akan dikemukakan Perikatan Nasional (PN).

“PRN Melaka memang akan dibincangkan malam ini, manakala PRN Sarawak mungkin dibincangkan sekali.Tindakan tatatertib (oleh PN) ini biasalah kerana ia memang urusan parti,” katanya.

Mengulas mengenai PRN Sarawak, Muhyiddin berkata, perkara itu belum dibincangkan secara terperinci kerana masih mempunyai masa sebelum pilihan raya berkenaan.

“Kita belum bincang lagi perkara itu kerana masih ada masa. Selepas PRN Melaka, kita fikirkanlah dahulu mengenai perkara itu,” katanya. – UTUSAN

The post Bersatu umum calon PRN Melaka 29 Oktober ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved