
RANAU: Penduduk di sini digesa bekerjasama dan bersatu padu tanpa mengira perbezaan, demi mewujudkan masa depan yang cerah dan harmoni untuk generasi akan datang.
Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin berkata, ini penting untuk menjaga kepentingan bersama dalam masyarakat berbilang kaum, agama dan politik.
“Salah satu contoh amalan yang boleh dibanggakan ialah menyertai acara gotong-royong kampung. Selain itu, sikap tolong-menolong juga merupakan amalan mulia yang boleh menjamin masa depan yang aman.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Begitu juga dengan sikap masyarakat yang menyambut pelbagai perayaan seperti Krismas, Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan sebagainya. Sikap yang tidak memandang perbezaan antara satu sama lain adalah sangat positif.
“Saya mahu semangat seperti ini berterusan kerana apabila kita berbuat demikian, kita memberi kemenangan kepada semangat perpaduan, kerjasama, toleransi, persahabatan dan kemajuan,” katanya.
Jonathan berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Kaamatan SK Paus 2025 di dewan mini Kg Paus Ranau di sini, baru-baru ini.
Beliau memuji dan berterima kasih kepada jawatankuasa penganjur kerana menganjurkan majlis yang berjalan dengan baik hasil persiapan rapi.
“Elemen tradisi yang ditunjukkan dalam acara ini begitu indah dengan penglibatan pelajar dan ibu bapa sekolah di sini, sekali gus menjadikan acara ini sangat bermakna,” katanya.
Beliau turun mengucapkan tahniah atas pencapaian SK Paus dalam bidang sukan dan sebagainya, menggesa agar kecemerlangan diteruskan pada masa hadapan.
Turut hadir, Guru Besar SK Paus Louis Tayuk, YDP PIBG sekolah, Micheal @ Idrus Gusir serta Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran) Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, merangkap Pegawai Angkat SK Paus, Siti Zulaikha Solubin.
