
PITAS: Kesatuan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sabah menjadi contoh masyarakat Madani yang kekal hidup harmoni walaupun berlainan agama dan budaya di negara ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keistimewaan itu adalah cerminan kebersamaan indah yang ada di negeri ini melalui keharmonian perayaan sama ada Aidilfitri, Krismas, Tahun Baru Cina dan lain-lain perayaan.
“Saya ingin mengajak rakyat Sabah untuk bersama dalam kepimpinan kerajaan untuk mempertahankan perpaduan dan keharmonian ini seterusnya menyuburkannya demi Sabah Tanah Airku.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ini penting kerana keharmonian kaum adalah kunci kepada kesejahteraan dan kebahagian, sekaligus menjadi pemacu kemajuan negeri kita,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS), di sini, Ahad lepas.
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ariffin Arif.
Hadir sama Presiden PDIS, Datuk Harun Ismail; wakil rakyat Pitas, Datuk Ruddy Awah dan wakil rakyat Bengkoka, Datuk Harun Durabi.
Hajiji berkata, Kerajaan Negeri pimpinannya telah merintis Hala tuju Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu Pelan Pembangunan 1.0 bagi tahun 2021-2025 sejurus mengambil tampuk pentadbiran kerajaan.
Katanya, ia bagi memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Sabah dan usaha berkenaan kini telah membuahkan hasil menerusi banyak inisiatif membabitkan aspek ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Tambahnya, ia turut merangkumi bantuan pendidikan untuk kanak-kanak kalangan keluarga B40 yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Bantuan Tunai Pendaftaran (Budi).
“Termasuk Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (Bakti) selain tiket penerbangan kepada pelajar, juga inisiatif Rumah Mesra SMJ untuk rakyat kurang berkemampuan di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).
“Terbaru, Program Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur) yang dilaksanakan Kerajaan Negeri pada tahun ini, justeru saya menyeru semua rakyat untuk bersama menjayakan misi Hala Tuju SMJ,” katanya.
“Hala tuju SMJ bermatlamat memacu pembangunan yang komprehensif bertunjangkan kekuatan jati diri dan keteguhan semangat patriotism bersesuaian dengan slogan jata negeri iaitu Sabah Maju Jaya,” tegasnya.
Sementara itu, Harun berkata, kehadiran lebih 2,000 pengunjung ke majlis itu menunjukkan keharmonian rakyat Sabah terus utuh hasil daripada kestabilan diwujudkan kerajaan.
“Majlis ini merupakan penganjuran kali ketiga PDIS yang bertujuan sebagai pemudah cara bagi penyampaian aspek kebajikan dan sosial yang disediakan kerajaan,” katanya.
Terdahulu, pelbagai acara menarik diadakan di majlis itu antara cabutan tiket bertuah dan persembahan artis tempatan antaranya Bella Astillah termasuk pelancaran filem tempatan, ‘Duyung Supirak’.




