Bersatu terima keputusan PAS tak nak bantu kempen: Muhyiddin

LocalPolitics
27 Jun 2026 • 1:42 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Bersatu terima keputusan PAS tak nak bantu kempen: Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Keputusan PAS untuk tidak membantu kempen Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan menjejaskan kempen parti berkenaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, kata presiden Bersatu itu, parti tersebut akan meneruskan gerak kerja berlandaskan kekuatan sendiri dengan memberikan tumpuan kepada dasar dan perkhidmatan parti bagi meraih sokongan.

“Tak apalah, saya pun tak minta…siapa nak bantu, bantu. Walaupun dalam soal prinsip Perikatan Nasional (PN), patut ada isunya saling membantu.

"Tapi kalau rakan-rakan tak nak bantu, kita terimalah dan setakat ini pun kita bekerja keras atas kekuatan yang kita ada serta dasar dan amalan yang kita lakukan selama ini. Saya yakin pengundi akan tahu bagaimana mereka hendak membuat keputusan," katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, jentera PAS diarahkan tidak membantu operasi kempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi oleh Bersatu.

Jentera PAS, bagaimanapun akan tetap bertugas di kawasan yang ditandingi parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang lain.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Bersatu akan terus mengamalkan sikap terbuka dan bersedia membantu rakan-rakan gabungan sekiranya khidmat parti itu diperlukan sepanjang kempen di Johor.

Ditanya dakwaan bahawa PN tidak mempunyai hasrat membentuk kerajaan negeri kerana hanya bertanding di 33 daripada 56 kerusi DUN, Muhyiddin berkata jumlah itu sudah melepasi ambang minimum yang diperlukan untuk membentuk pentadbiran negeri. - 27 Jun, 2026

The post Bersatu terima keputusan PAS tak nak bantu kempen: Muhyiddin appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved