Bersedia Hadapi Banjir Dengan Kemas Kini Kempen Banjir Watch Dalam Aplikasi KitaJaga 2.0 

11 Dec 2022 • 7:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Terato Tech kini melancarkan aplikasi Banjir Watch KitaJaga 2.0. - Gambar ihsan www.teratotech.com

Musim tengkujuh tiba lagi. Tragedi banjir yang melanda di Malaysia terutama di bahagian pantai Timur telah meninggalkan ‘trauma’ dan kesan yang mendalam  buat segelintir rakyat Malaysia. 

Bagi berdepan dengan bencana alam ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah menyediakan pelbagai langkah persediaan termasuk menguar-uarkan tentang amaran banjir ini kepada penduduk yang di kawasan yang terkesan ini dari masa ke semasa. 

image is not available
Aplikasi Banjir Watch KitaJaga 2.0 - Gambar ihsan www.teratotech.com

Bahkan, syarikat Terato Tech Sdn. Bhd telah melancarkan versi kedua aplikasi KitaJaga dengan ciri terbaharunya iaitu Banjir Watch. Semudah menggunakan telefon pintar, Banjir Watch menyediakan kemaskini penting termasuk cuaca dan kawasan yang boleh dipilih secara spesifik oleh pengguna.

Ini bagi mengenal pasti keadaan semasa mengikut negeri atau daerah seperti amaran hujan pada tahap sama ada Perhatian, Amaran atau Bahaya. Ini bagi memastikan agar persediaan menghadapi banjir atau perpindahan ke kawasan berlindung dapat dilaksanakan dengan teratur.

Selain itu, turut diperkenalkan ciri sembang (Chat) yang membolehkan pengguna menghubungi pihak atau mangsa lain yang meminta tolong menggunakan kotak bual tanpa mendedahkan nombor telefon bagi melindungi data dan informasi peribadi.

image is not available
Gambar Fail

Dengan ini, mangsa banjir tidak perlu takut dan ragu-ragu untuk menggunakan ciri ini dan bantuan akan dapat disalurkan kan dengan mudah dan segera sejurus sahaja aplikasi ini dapat mengesan 

Ciri yang ditampilkan oleh Banjir Watch ini membantu meningkatkan pengalaman pengguna dengan membolehkan mereka menerima notifikasi keadaan banjir menerusi telefon mudah alih mereka. Malah lokasi pin kedudukan sebenar mangsa banjir juga boleh ditanda dengan lebih tepat.

Tetapan bagi Notifikasi Pengawasan Banjir Pelbagai Lokasi bukan sahaja membolehkan pengguna memantau keadaan banjir di pelbagai lokasi, ia juga menghantar notifikasi kawasan terkesan banjir setiap 15 minit.

Menurut Pengasas Terato Tech dan aplikasi KitaJaga, Reza Razali, pihaknya bersyukur kerana kempen Banjir Watch yang dilaksanakan telah memberi kesan positif terhadap masyarakat kita. 

image is not available
Gambar Fail

“Contohnya, antara Disember 2021 dan Jun tahun ini, kempen Banjir Watch kami merekodkan 377 pin Helpee dan 426 pin Helper di Shah Alam. 

“Kami telah menambah baik aplikasi untuk memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat kita, jadi saya galakkan pengguna kami mengemaskini aplikasi KitaJaga dalam telefon pintar mereka untuk menikmati ciri-ciri baharu ini secepat mungkin,” katanya

Oleh itu, anda semua boleh muat turun aplikasi KitaJaga untuk melihat dan menguji sendiri keberkesanan Banjir Watch di Google Play dan App Store. - Getaran, 11 Disember 2022