Bersenam sambil semarak seni, budaya

16 Sep 2026 • 9:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bersenam sambil semarak seni, budaya

GEORGE TOWN – Aktiviti kecergasan bukan sekadar menyihatkan tubuh badan, malah boleh menjadi medium menyemarakkan seni dan budaya dalam kalangan generasi muda.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam kenyataan berkata, penganjuran Kejuaraan Senam Seni 2.0 (COSS) Peringkat Negeri berjaya menggabungkan elemen kecergasan, seni dan budaya.

Program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu diadakan dengan kerjasama Muzium Feri dan Jabatan Pendidikan Negeri di pekarangan Muzium Feri di sini, hari ini.

“Penganjuran COSS merupakan antara inisiatif JKKN dalam memperkasakan seni budaya menerusi aktiviti yang dekat dengan kehidupan masyarakat, khususnya golongan muda.

“Program ini turut menjadi platform membudayakan gaya hidup sihat dan aktif, di samping memperkenalkan seni serta budaya sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian,” katanya di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah JKKN negeri, Eezmadyna Azalin Nordin dan Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Produk Seni Budaya, Muhammad Haqkam Hariri.

Sebanyak 10 kumpulan terdiri peserta dari sekolah rendah dan menengah di negeri ini masing-masing memperlihatkan kreativiti peserta dalam mengangkat elemen seni dan budaya.

Sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bayan Lepas 2, SK Permatang Bertam, SK Telok Kumbar, SK Batu Kawan, SK Bayan Baru, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) George Town, SMK Valdor, SMK Convent Datuk Keramat dan SMK Tanjung Bunga. – KOSMO! ONLINE

The post Bersenam sambil semarak seni, budaya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved