Bersentuhan Ketika Berlakon, Amar Baharin Dan Siti Elizad Teruk Dikecam Netizen

Entertainment
2 Aug 2024 • 12:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon Amar Baharin dan Siti Elizad kini telah menjadi bualan warga maya selepas aksi lakonan bersentuhan di antara mereka telah tular di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, terlihat wajah dan tubuh Elizad yang sedang menangis telah disentuh oleh Amar Baharin.

image is not available

Netizen tidak menyangka Amar dan Elizad bersentuhan walaupun hanya sekadar lakonan, kerana mereka masing-masing telah berkahwin.

Menurut mStar, pelakon Siti Elizad berkata dia tidak menyedari namanya kini sedang menjadi bualan ramai kerana tidak membuka media sosial.

Saya bila bekerja memang tidak membaca sebarang komen, katanya.

Elizad juga berkata dia tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang perkara ini memandangkan dia baru sahaja menjalani penggambaran dalam drama itu.

Saya masih belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan mengenai perkara ini, tetapi saya berharap orang ramai menonton dulu drama itu.

Namun, Elizad berlapang dada menerima segala nasihat dan teguran kerana perkara ini juga melibatkan agama.

image is not available

Jap!