Bersuara Kes Zara Qairina, Ramai Sokong Syed Saddiq – “Terima Kasih YB, Semoga Ada Keadilan Buat Arwah”

14 Aug 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapat perhatian selepas mempersoalkan kelewatan siasatan terhadap kes buli membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13.
 

Bersuara kes arwah Zara Qairina

 


Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram miliknya, Saddiq berkata tindakan terhadap kes tersebut hanya dibuat selepas kejadian itu tular dan mendapat perhatian orang ramai.


 

“Kita lihat kes adik Zara, dah viral, dah ada protes baru ada keberanian nak tukar pengetua, warden.

 


“Persoalan saya kenapa lambat sangat? Kenapa perlu tunggu dua tiga minggu baru nak ambil tindakan?


 


“Saya tanya sekali lagi dah viral baru nak tukar polis penyiasat, baru nak buat postmortem. 


 


“Bayangkan ibu bapa yang sedang melihat di luar sana yang ingin menghantar anak mereka ke sekolah berasrama penuh dengan harapan yang tinggi,” katanya.

 

Ramai beri sokongan pada Saddiq

 


Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen menyatakan rasa sokongan dan ucapan terima kasih kepada Saddiq kerana bersuara demi keadilan arwah.


 


Antara komen yang diterima adalah:


image is not available


 



image is not available


 


Berikut merupakan video penuh Saddiq:


 


 


 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)