Bersuara Unik & Universal, Aliff Syukri Ajak Fazura Duet - “Mungkin Lagu Raya…”

8 Nov 2024 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan dan selebriti media sosial iaitu Datuk Seri Aliff Syukri mempelawa pelakon dan penyanyi Fazura untuk berduet. 

Puji nyanyian Fazura

Menerusi hantaran di Instagram, Aliff latau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 37, memuji bakat nyanyian aktres tersebut. 

“Okay, boleh tahanlah suara awak sedap sangat Fazura. Jom kita berduet. Saya rasa kalau awak berduet dengan saya bakat awak lebih terserlah.

“Kita akan meletup bersama. Jom Fazura, awak memang sesuai berduet dengan saya. Awak akan terkenal, bukan di Malaysia malah di serata dunia. Jom kita tunjukkan bakat kita bersama-sama,” katanya. 

 

 

Dalam pada itu, Aliff turut menyifatkan suara yang dimiliki bekas isteri Fattah Amin itu sebagai unik dan merdu. 

Malah, turut memberi bayangan bakal mengeluarkan lagu raya bersama pelakon filem Pisau Cukur itu. 

“Syabas suara awak (Fazura) unik dan sedap. Bagi saya suara itu adalah universal. Sedap sahaja saya dengar.

“InsyaAllah Fazura boleh pergi jauh. Siapa setuju sila komen. Lagu raya tahun ini mungkinkah,” katanya lagi. 

Terdahulu, Fazura tampil membuat penampilan sulung buat pertama kali dalam sebuah program bual bicara Indonesia selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin 7 Oktober lalu.

Fazura muncul dalam program berkenaan bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta yang merupakan duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.