“Bertahun Kita Berpanas” – Bapa Beli Kereta Baharu, Anak Sebak Lihat Pengorbanan Orang Tua

LocalFamily & Parenting
25 Jun 2025 • 11:06 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira.

Anak sebak, bapa beli kereta baharu

Baru-baru ini tular di TikTok, seorang bapa merakam momen indah bersama anak lelakinya apabila melakukan satu kejutan semasa mengambilnya pulang dari sekolah.

Bapa yang dikenali sebagai Hasibi itu menyambut anaknya bersama sebuah kereta baharu jenis Toyota Mitsubishi XPANDER dan menzahirkan rasa syukur kerana tidak lagi berpanas di dalam kereta yang yang sudah lama.

“Daddy faham bertahun kita selama ini naik kereta dalam keadaan yang panas,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, anak lelakinya dilihat gagal menahan air mata setelah menerima kejutan tersebut kerana memahami pengorbanan seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi melihat mereka sekeluarga mendapatkan hidup yang lebih selesa.

Bukan itu sahaja, Hasibi juga mengucup lembut dahi anak lelaki itu dan membawanya masuk mencuba kereta yang baharu dibeli demi keluarga tercinta.

Meninjau ke ruangan komen, warganet sebak melihat perkongsian tersebut dan memuji budak lelaki itu begitu memahami pengorbanan dan kepayahan bapanya dalam mencari rezeki.

Malah ada juga wargamaya berkongsi cerita yang sama berkenaan kesusahan meneruskan kelangsungan hidup dan mendoakan agar suami mereka diberikan rezeki berpanjangan.

Faham situasi ayahnya

image is not available

Tahu erti susah

image is not available

Moga ada rezeki buat suami juga

image is not available

Setakat artikel ini ditulis video tersebut telah menerima sebanyak 190,000 tontontan dan lebih 5,ooo tanda suka.

Sumber: TikTok Nameset Jersi