“Bertanggungjawab!” – [VIDEO] Rider Minta Tolong Adik Hantarkan Order Lepas ‘Accident’

Entertainment
23 Nov 2022 • 3:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap kerja dan tugasan yang diamanahkan kepada kita haruslah kita jalankan dengan rasa penuh tanggungjawab tanpa mengira kecil ataupun besar tugas tersebut.

Mereka yang ikhlas dalam pekerjaan akan memberikan sehabis baik dalam apa jua keadaan sekalipun dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Baru-baru ini, telah tular di Tiktok sebuah video yang menunjukkan seorang rider penghantar makanan sedang bercakap dengan seorang lelaki berbaju hitam seperti menyuruh sesuatu.

Rider Grabfood tersebut kemudian menyerahkan telefon dan sebuah plastik yang dipercayai bungkusan makanan kepada lelaki tersebut.

Rupanya rider tersebut baru lepas accident

Menerusi ruangan komen, pemilik video yang juga merupakan adik kepada rider tersebut menyatakan yang abangnya terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia tidak dapat meneruskan tugasnya, lapor mStar.

image is not available

Kelihatan juga sebuah motosikal yang dipercayai milik rider tersebut yang mengalami sedikit kerosakan dan melalui riak muka lelaki itu, dapat dilihat dia seperti sedang manahan kesakitan.

Ohh adik beradik rupanya…

Hubungan darah daging kedua beradik ini dan minta bantuan itu disahkan menerusi sebuah video yang berasingan Lelaki berbaju hitam tadi oleh abangnya untuk membantu dia selepas terlibat dalam kemalangan.

Bahkan, si adik kepada rider tersebut diminta menyelesaikan tugasannya untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

@hanisx

Reply to @daustmkj #ad ceritanya mcm ni ! Dia baru bangun tido dpt call abgnya excident image is not available#fyp#ezbca#grabfood

♬ original sound – Hanisx – Hanisx

“Ceritanya macam ini, dia baru bangun tidur dapat call abang accident,” jelas pemilik video itu.

Netizen puji sikap amanah rider tersebut

Ruangan komen dibanjiri dengan komen warganet yang rata-rata memuji sikap amanah dan bertanggungjawab rider tersebut dalam melakukan tugasnyabiarpun ditimpa musibah.

Umum mengetahui bahawa jika rider terlibat dalam kemalangan, order itu akan terbatal apabila aduan dibuat kepada call centre tapi itu bukan apa yang dilakukan oleh rider ini.

image is not available

image is not available

Memang respek habis la dekat abang rider ni.. masih fikir pasal customer walaupun baru lepas accident…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article