Bertaraf Sulit, KPM Tak Dapat Kongsi Keputusan Mesyuarat Lembaga Tatatertib Terhadap Cikgu Fadli

17 Oct 2022 • 6:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi yang mengikuti kes Cikgu Mohd Fadli Salleh yang sedang hangat sekarang ini, mesti tak sabar nak tahu nasib yang bakal diterimanya selepas Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan membuat mesyuarat yang bersidang hari ini kan?

Namun begitu, Jurucakap Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata semua mesyuarat Lembaga Tatatertib di mana-mana kementerian adalah bertaraf sulit.

Ekoran itu, keputusan mengenai kes ini tidak boleh sewenang-wenangnya dikongsi tanpa kebenaran.

Sehubungan dengan itu, pihak media dimohon menunggu laporan rasmi sekiranya boleh kami kongsikan.

“UKK memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul daripada hal ini.”

Untuk pengetahuan korang, penjelasan ini dikeluarkan selepas pihak media membuat pertanyaan sama ada KPM akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini mengenai keputusan representasi Mohd Fadli yang dikemukakan pada 14 Oktober lalu, lapor Harian Metro.

Siapa sangka kes saya menggempar satu Malaysia. Saya pun tidak sangka.Hingga ramai ahli politik, menteri bahkan pm…

Posted by Mohd Fadli Salleh on Monday, October 17, 2022

Sebelum ini, Mohd Fadli menerusi Facebook memberitahu bahawa dia telah diberikan tempoh 21 hari untuk membela diri di Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

Notis ini diberikan kerana guru ini mendakwa dia bakal dikenakan tindakan buang kerja atau turun pangkat selepas menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.