“Bertenang semua, jangan serang mama” – Abang Syed Saddiq tampil pertahankan ibu

LocalEntertainment
4 Nov 2025 • 7:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah tampil bersuara selepas timbulnya spekulasi netizen berkaitan hubungan ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dengan penyanyi Bella Astillah, baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Threads hari ini, beliau menasihati orang ramai supaya tidak menganggu ibunya di platform media sosial dan memohon untuk memahami keadaan sebenar.

Abang Syed Saddiq

image is not available

“Saya minta semua bertenang ya. Dan tolong, tolong jangan serang Mama.

“Kena faham sikit, mama ni kurang mahir bab IT (teknologi). Bab forward WhatsApp dan hantar GIF memang dia pro, tapi kalau nak follow-follow tu biasanya anak-anak yang tolong buatkan.

“Saya sayang kamu semua, tapi chill dulu ok?” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila wargamaya mendapati Sharifah Mahani tidak pernah memuat naik hantaran foto bersama Bella sehingga mengundang tanda tanya berkenaan hubungan mereka yang sering dilihat mesra di media sosial.

Malah, muncul spekulasi apabila netizen mendapati terdapat seorang wanita dikenali sebagai Ami Ilana yang sering muncul dalam perkongsian Sharifah Mahani di Instagram.

Abang Syed Saddiq

image is not available

image is not available

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi warganet dan rata-ratanya mula mendakwa Bella bukannya calon pilihan dan ada juga yang meluahkan rasa simpati sekiranya penyanyi itu dikecewakan sekali lagi.

Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah memohon orang ramai untuk menghentikan sebarang spekulasi yang boleh menyebabkan pergaduhan mana-mana pihak.

Sumber: Threads @Syed Abdullah