“Bertenang semua” – Peguam Masih Rapat Dengan Siti Bainun Meski Tarik Diri ‘Last Minute

Entertainment
19 Jan 2023 • 3:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua hari lepas, kesemua peguam yang membela Siti Bainun dalam kes mengabai dan menganiaya remaja sindrom down Bella telah menarik diri dan Harian Metro melaporkan bahawa Siti Bainun menangis di kandang tertuduh saat hakim menyoalnya.

Sebelum ini, peguam Nurul Hafidzah Hassan telah tampil menjelaskan bahawa sebab kenapa dia tarik diri dan kini, menerusi Facebook, salah seorang peguam lain Asiah Abd Jalil tampil membuat penjelasan.

 

“Semua bertenang”

Kata Asiah, biarpun kini sudah tidak lagi menjadi peguam bela pengasas Rumah Bonda itu, dia menyatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan Siti Bainun begitu sahaja.

Asiah juga menafikan bahawa dia meminggirkan Siti Bainun, dia turut menjelaskan bahawa faktor dia menarik diri adalah kerana berlakunya pertindihan tarikh mahkamah.

“News tulis berita macam kitorang dah abandon Bainun terus. Walhal isu sebenar ialah pertindihan tarikh mahkamah. Kalau tak bertindih, kitorang happy aje nak terus mewakili Bainun.”

Bertenang netizen semua. Kitorang tak pernah tinggalkan Bainun pun.Jom fokus kat lelaki kacak berbaju putih di belakang ittew.

Posted by Asiah Abd Jalil on Wednesday, January 18, 2023

Pada 24 November tahun lalu, Siti Bainun telah diperintah untuk membela diri atas dua pertuduhan mengabaikan remaja sindrom down berusia 13 tahun iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi pada Ogos 2021.

Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja sama.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.