“Berterabur keluar kuali”- [VIDEO] Lelaki Tunjuk Skill Memasak, Siap Lambung Makanan Tapi Bikin Ramai Geram

Entertainment
16 Jul 2022 • 1:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain makanan yang sedap, skill memasak cef juga boleh menjadi tarikan untuk pelanggan berkunjung ke sesebuah restoran atau gerai makan.

Marketing kena la power kan, baru lah orang terasa nak cuba makanan yang kita jual.

Namun, seorang pekerja gerai makan ini pula dikecam netizen apabila dia menunjukkan skill memasaknya yang agak pelik.

Dia mula tular setelah videonya memasak telah dikongsikan di Facebook menerusi akaun Street Food Recipes.

Amazing Tossing Skills by Young Chef

Amazing Tossing Skills by Young Chef at Sai Kripa Chinese, Meghdoot Chowpatty, Indore

Posted by Street Food Recipes on Saturday, June 18, 2022

 

Dalam video yang berdurasi lebih kurang tiga minit itu, dapat dilihat beberapa orang lelaki sedang memasak makanan yang menyerupai nasi goreng di gerai.

image is not available

Apa yang menarik perhatian ramai ialah kemahiran memasak lelaki yang berada ditengah kerana dia melambung makanan dalam kuali namun hampir separuh daripada sayur-sayur yang dipotong kecil-kecil itu terkeluar daripada kuali akibat skill memasaknya yang lain daripada yang lain.

image is not available

Dapat dilihat juga makanan yang terkeluar daripada kuali itu berterabur di sekitar tempat memasak.

image is not available

Ini menyebabkan ramai netizen di Facebook yang mengecam tindakannya itu kerana dilihat membazir makanan.

image is not available

image is not available

Nampaknya dia kena practice lagi ni skill lambung makanan dalam kuali ketika memasak. Boleh rugi bisnes kalau membazir macam ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article