“Bertiang-Tiang Jauh Lebih Cantik..” – Fathia Dan Zahirah Buat Video Bersama, Tapi Kena Banding Pula?

9 May 2023 • 11:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pengguna TikTok baru-baru ini ada memuat naik satu hantaran ‘throwback’ memaparkan Amber Chia, Fathia Latiff dan Zahirah Macwilson dalam satu video yang sama.

“Throwback 2016, photo shoot Harian Metro” tulis individu itu.

Dalam hantaran tersebut, ramai netizen meninggalkan komen bahawa mereka merindukan zaman Ariana Rose di mana Fathia dilihat cantik dan riang gembira.

Namun, ada juga yang membandingkan Fathia dan Zahirah Macwilson dari segi kecantikan.

Kata individu itu, Fathia pada waktu itu ‘bertiang-tiang’ lebih cantik jika dibandingkan dengan isteri pelakon Aiman Hakim itu.

Ada juga yang meluahkan rasa teruja kerana melihat bekas kekasih dan isteri Aiman Hakim dalam video yang sama.

Netizen prihatin walau bagaimanapun menasihatkan agar peminat tidak mengungkit kisah lama kerana masing-masing sudah menemui kebahagiaan sendiri.

image is not available 1 hari lalu

Takut Dengan Kematian, Aliff Syukri Mula Solat Jemaah Dengan Keluarga, Kurangkan Aktiviti Sosial

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved